surat untuk ke kasih ku

Sayang, rasanya aku telah menemukan Kekasih
yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak pernah
Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap
terus menerus Memperhatikan dan
Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di
sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi
apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta,
Berkuasa, dan Memiliki Segalanya.
Maaf sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-
apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil, dan
kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu
rupawan lagi cantik, DIA lebih indah dan
bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja
sekehendakNya kepadamu. Dan sayang, aku
khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini
membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan
kita selama ini membuatNya murka. Padahal
Dia, Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa,
Maha Keras SiksaNya.
Sayang, belum terlambat untuk bertaubat. Apa
yang telah kita lakukan selama ini pasti akan
ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah
kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak
sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah
mendahului takdirNya dengan mengajakmu
untuk menungguku menjadi isteriku kelak
padahal itu belum pasti adanya. Dia boleh
Marah. Tetapi sekali lagi semua belum
terlambat. Kalau kita bertaubat sekarang,
semoga DIA mahu Memaafkan dan
Mengampuni. Sayang, DIA Maha Pengampun,
Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat,
Maha Penyayang, Maha Bijaksana.
Sayang, jangan marah. Aku sudah memutuskan
untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak
pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang,
Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih
yang amat dicintai dan dimuliakan.
Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-
laranganNya termasuk dalam soal hubungan
kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana
yang indah untuk masa depan kita masing-
masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga
diri dari hal- hal yang dibenciNya, kau pasti akan
dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya,
lelaki soleh yang pasti lebih baik dari diriku saat
ini.
Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita
berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia.
Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan
kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu
baginda pun memberi minum kita dengan air
yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari
susu, dan lebih sejuk dari aiskrim beku.
Maaf. Tak baik rasanya aku berlama-lama
menulis surat ini. Aku takut ini akan merosak
hati. Aku tak ingin engkau memiliki sedikit
rasa ria (sombong) sedikitpun di hatimu ketika
akan beribadah, kerana itu sangat dibenci oleh
Allah dan tak akan diterima amalnya.
.
Jangan pernah ditanya sebesar mana
cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak
akan mencintaimu melebihi penciptaku.
Jangan pernah ditanya pula apakah
cintaku padamu tak akan luntur. Kerana
yang pasti ku tak akan melunturkan
cintaku kepada penciptaku.
Dan jgn sekali- kali bertanya apakah aku
tak akan mengkhianatimu. Kerana yang
pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s